Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~

3 posters

Go down

Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~ Empty Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~

Post by isotonik Tue 25 Mar 2008, 11:56 pm

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
adalah Hawa, temanmu yang kau pinta
semasa kesunyian di syurga dahulu.



Aku asalnya dari tulang rusukmu yang
bengkok. Jadi tidak hairanlah jika
perjalanan hidupku sentiasa inginkan
bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong
dari landasan, kerana aku buruan syaitan.



Adam... Maha suci Allah yang
mentakdirkan kaumku lebih ramai
bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya Jika bilangan kaummu
mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia
kerana darah manusia, kacau-bilaulah
suasana, Adam sama Adam bermusuhan
kerana Hawa.



Buktinya cukup nyata dari peristiwa
Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman
cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka
tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih
dari satu tapi tidak lebih dari empat
pada satu waktu.



Adam... Bukan kerana ramainya isterimu
yang membimbangkan aku. Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan
aku. Tapi... aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak
dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti
tunduk ketika menjadi isterimu.



Namun... terasa berat pula untukku
meyatakan isi perkara.



Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran
ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga
aku, memerhati dan mengawasi aku agar
sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.



Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang
sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan
kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai
yang telah menyimpang dari jalan yang
ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki
aku tinggal tetap dirumah. Di
jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan tempatku. Jika
terpaksa aku keluar dari rumah seluruh
tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki
sampai hujung rambut.



Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih
dari sepatutnya.



Adam... Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah
tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada
anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal
negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau
perhatikan saja aku panjat tangga di
pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing
peha mengamankan negara.

Apakah kau sekarang tidak lagi seperti
dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu
terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan
andainya Hawa terpesong, maka Adam yang
patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu
ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika
murid @#$, guru yang tidak pandai
mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa
memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada
hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya
kau tanya dirimu, apakah didikanmu
terhadapku sama seperti didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan
contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku
adalah makmummu, aku adalah
pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah
aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau
punya kelebihan akal manakala aku
kelebihan nafsu.



Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari
itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana
aku sering lupa, lalai dan alpa, sering
aku tergelincir ditolak sorong oleh
nafsu dan kuncu-kuncunya.



Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah
Allah, perdengarkanlah daku kalimah
syahdu dari Tuhanmu agar menerangi
hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam
dadaku agar aku menjadi mujahidah
kekasih Allah.





Adam... Andainya kau masih lalai dan
alpa dengan karenahmu sendiri, masih
segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan
hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada
dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang
engkau agungkan itu... haa slug mtr
isotonik
isotonik
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 52
Age : 34
Location : pahang
Intake : julai 2007
Registration date : 2008-03-10

Back to top Go down

Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~ Empty Re: Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~

Post by ibnu_laden Mon 28 Apr 2008, 3:29 pm

peh...
zaman dulu pun banyak dah hawa gune ink semata2 nak anta surat kat adam..

ibnu_laden
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 682
Age : 38
Location : sd
Intake : sd
Registration date : 2008-03-12

Back to top Go down

Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~ Empty Re: Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~

Post by qaleq Fri 06 Jun 2008, 9:01 am

adam dan hawa permulaan manusia
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~ Empty Re: Surat Format Terkini dari Hawa untuk Adam..~_~

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum