Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gaya hidup komunikasi digital

2 posters

Go down

Gaya hidup komunikasi digital Empty Gaya hidup komunikasi digital

Post by qaleq Fri 23 May 2008, 10:09 am

NEC Computer (NEC) mengembangkan portfolio dalam hiburan digital dengan strategi Home IT (HIT) terkini bagi memperkenalkan Pelayan Media Peribadi yang berkuasa, fleksibel dan boleh dinaik taraf.
Produk yang baru dilancarkan itu disasarkan bagi menyediakan gaya hidup komunikasi digital yang mesra pengguna dan mudah digunakan untuk tugasan pejabat rumah, komunikasi peribadi atau perkongsian media peribadi menerusi Internet.
Ia juga bertujuan mengubah gaya komunikasi, akses dan menikmati definasi tinggi dan kandungan peribadi.
Pengarah Pemasaran NEC Computer Asia, Mokoto Iwasaki berkata, produk dan teknologi NEC menawarkan pengalaman multimedia digital yang berkeupayaan tinggi.
"Kami telah berjaya dalam menyepadukan landasan komunikasi HIT bagi memudahkan perkongsian dan konsep terkini ini boleh dijayakan dengan meletakkan semua data dalam pelayan peribadi dan berkongsi.
"Ia diaturkan begitu bagi memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih, interaktiviti, fleksibiliti dan kawalan pengalaman media dengan kapasiti insentif yang direka khusus bagi menikmati multimedia," katanya pada majlis pelancaran satu komputer peribadi dan dua komputer riba NEC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Strategi HIT diselaraskan dengan siri POWERMATE X, pelayan media peribadi dengan keupayaan dan densiti penyimpanan besar bagi keupayaan pelbagai selain pengguna boleh berkongsi fail hiburan tanpa gangguan.
Perkongsian fail mudah dilakukan dan ditambah dengan ciri PC-Drive, cakera padat mudah alih bagi menyimpan program atau fail dan membacanya pada PC lain melalui sambungan USB tanpa batasan.
POWERMATE X boleh disambungkan kepada pelbagai aplikasi rumah dan konsol permainan bagi menonton televisyen, merekod dan berkongsi secara mudah alih.
Pengguna tidak perlu lagi membawa fail salinan dalam peralatan luar tetapi hanya perlu menghidupkan POWERMATE X di rumah dan mendapatkan fail mereka secara mudah dengan masuk ke dalam laman web.
Mokoto berkata, pelanggan biasanya inginkan produk yang berkuasa dan cantik dan pihaknya menekan ciri berkenaan semasa membina komputer mudah alih.
"Bagi memberikan kepuasan kepada pengguna mengembara dan menggunakan komputer sepenuhnya, S9100 mempunyai jangka hayat bateri lebih panjang dan ciri keselamatan yang canggih," katanya.
Direka, diuji dan dikilangkan di Jepun, S9100 menggunakan teknologi terkini bagi memastikan kualiti dan keupayaannya.
Dijana oleh pemprosesan Intel Core Duo (ULV), S9100 menyediakan kuasa mudah alih seakan-akan sama dengan komputer riba dengan antara muka lebih besar.
Ciri-cirilMemudahkan perkongsian fail dengan masa yang minimum kerana fail akan dihantar terus dari POWERMATE X.
lPOWERMATE X dan POWERMATE V meningkatkan keupayaan mudah alih.
Bagi mereka yang gemarkan komputer riba, NEC melancarkan NEC Versa S9100 12.1 inci (in) buatan Jepun dengan berat 1.25 kilogram (kg).
lSasaran ahli perniagaan profesional dan mereka yang sering mengembara.
lDiselaputi dengan aloi magnesium dan mempunyai hayat bateri yang panjang.
lNEC Versa S9100 tahan lasak dan boleh menahan beban sehingga 300 kg tekanan.
lDilengkapi dengan ciri keselamatan sesuai bagi mereka yang sentiasa bergerak dan menyimpan fail-fail yang bernilai.
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Gaya hidup komunikasi digital Empty Re: Gaya hidup komunikasi digital

Post by ikillmyjuliet Sun 25 May 2008, 3:23 am

oooo...baru taw.....
ikillmyjuliet
ikillmyjuliet
Guru Disiplin
Guru Disiplin

Number of posts : 972
Age : 35
Location : kuantan
Intake : julai06
Registration date : 2008-03-06

Back to top Go down

Gaya hidup komunikasi digital Empty Re: Gaya hidup komunikasi digital

Post by qaleq Mon 26 May 2008, 8:39 am

teknologi skrg mgatasi minda kite
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Gaya hidup komunikasi digital Empty Re: Gaya hidup komunikasi digital

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum