Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AirAsia untung RM110 juta

Go down

AirAsia untung RM110 juta Empty AirAsia untung RM110 juta

Post by qaleq Fri 30 May 2008, 8:46 am

AirAsia Bhd. (AirAsia) mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 156 peratus kepada RM110 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 berbanding RM43 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Menurut AirAsia, bagi tempoh yang sama, perolehan syarikat penerbangan tambang murah itu turut meningkat kepada RM535 juta berbanding RM406 juta.
''Pertumbuhan positif itu didorong oleh jumlah penumpang yang tinggi, iaitu naik sebanyak 21 peratus pada tempoh itu selain sumbangan daripada pendapatan tambahan,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, tambang purata juga melonjak sebanyak 10 peratus kepada RM189 berbanding RM171 yang dicatatkan pada suku pertama 2007.
Menurut kenyataan itu, kadar tinggi purata tambang itu disokong oleh permintaan tinggi terhadap perkhidmatan syarikat tersebut dan peningkatan permintaan bagi rangkaian laluan tertentu.
Dalam kenyataan itu, AirAsia berkata, operasinya di Thailand menunjukkan peningkatan selepas menerima lima pesawat Airbus yang baru.
''Jumlah penumpang semakin bertambah dan faktor muatan penumpang ini telah meningkatkan lagi hasil syarikat,'' ujar kenyataan itu.
Katanya, operasi Thailand telah mencatatkan margin perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak tujuh peratus bagi suku semasa.
''Pengurusan AirAsia yakin Thai AirAsia berada pada landasan sebenar untuk mencapai pertumbuhan pelanggan, meningkatkan kecekapan dengan pesawat Airbus dan berupaya mencatatkan keuntungan secara konsisten,'' menurut kenyataan itu.
AirAsia berkata, penstrukturan semula rangkaian laluan Indonesia juga telah menunjukkan hasil positif dengan peningkatan jumlah pelanggan, sekaligus menambah hasil syarikat.
Bagaimanapun, kenaikan kos minyak telah memberi kesan kepada operasi di Indonesia kerana ia beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737-300.
''Operasi Indonesia yang sepatutnya menerima pesawat Airbus A320 selewat-lewatnya tahun ini, akan menikmati kelebihan daripada aspek ekonomi dengan penggunaan pesawat baru,'' ujarnya.AirAsia untung RM110 juta Main_story_gradient_bottom
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum