Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Minyak naik, IKKL jatuh 29 mata

Go down

Minyak naik, IKKL jatuh 29 mata Empty Minyak naik, IKKL jatuh 29 mata

Post by qaleq Fri 06 Jun 2008, 3:32 pm

Harga-harga saham di Bursa Malaysia hari ini ditutup rendah ekoran kesan segera kepada kenaikan harga minyak dan kebimbangan terhadap kenaikan kadar inflasi.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) hari ini jatuh 29.56 mata atau 2.36 peratus kepada 1,223.56 mata.
Kaunter rugi mengatasi untung dengan 547 berbanding 177, manakala 210 kaunter diniagakan tidak berubah.
Ketua Pegawai Pelaburan ASM Investment Services Bhd., Rusli Abu Yamin berkata, kejatuhan pasaran saham tempatan merupakan kesan kepada tindakan kerajaan menaikkan harga bahan api itu sebanyak 41 peratus.
''Kaunter-kaunter mewah terkena tempias kenaikan harga minyak di dahului oleh kaunter perladangan, pengangkutan dan kewangan.
''Para pelabur yakin dengan peningkatan harga minyak dan tarif elektrik akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi secara langsung menyebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi serta potensi penurunan kadar pendapatan korporat antara tiga hingga tujuh peratus,'' katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan kadar inflasi dijangka akan melepasi 5.0 peratus bulan ini berikutan kenaikan harga bahan api yang diumumkan semalam, meningkat 4.2 peratus daripada anggaran awal pada 2.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini.
Sementara itu, Penganalisis Inter-Pacific Research Sdn. Bhd., Koay Yi Chuan berkata, pasaran saham tempatan dijangka terus menghadapi kejatuhan ekoran kelembapan pembelanjaan pengguna.
''Akibat tindakan pengguna yang akan mengurangkan perbelanjaan ia akan turut memberi kesan kepada negara dan pasaran saham.
''Ketidaktentuan harga pasaran juga menyebabkan pelabur asing lebih bersikap berhati-hati untuk melabur dalam pasaran tempatan,'' katanya.
Selain pasaran saham tempatan yang terjejas akibat kenaikan harga minyak, ringgit juga mengalami kejatuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila di tutup 3.2560 berbanding mata wang AS itu.Semalan ringgit ditutup pada 3.2430 berbanding dolar AS.
Kelemahan ringgit juga disebabkan oleh kebimbangan peningkatan kadar inflasi jangka pendek ekoran kenaikan harga minyak pada hari ini.
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum