Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Khasiat madu lebah tualang

Go down

Khasiat madu lebah tualang Empty Khasiat madu lebah tualang

Post by qaleq Fri 06 Jun 2008, 3:40 pm

Madu tualang yang dikumpulkan dari kawasan hutan simpan Tasik Pedu dan Empangan Muda akan dihantar ke Pusat Pemprosesan Madu Lebah di FAMA cawangan Kuala Nerang, Kedah.
Di sana madu akan menjalani beberapa proses yang tidak mengganggu keasliannya malah memastikan produk yang dikeluarkan bersih, selamat dan suci untuk pengguna.
Pegawai Penyelidik FAMA Daerah Padang Terap, Kedah, Azmi Ishak berkata, setelah madu lebah tiba di pusat berkenaan, ia akan diuji peratusan air dan gula (madu) selain aroma dan cita rasa.
“Ini bagi memastikan madu yang kami beli adalah tulen dan asli serta menepati spesifikasi yang ditetapkan.
“Apabila telah berpuas hati dengan ketulenan, barulah madu ditimbang dan pembayaran dilakukan,” katanya semasa ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Setelah itu, barulah madu lebah berkenaan diproses dengan penapisan kali pertama bagi membuang segala benda asing yang bercampur dengan madu tadi.
Kemudian madu tersebut menjalani penyejatan kandungan air yang memakan masa antara lapan hingga 16 jam bagi mengeluarkan air berlebihan.
“Ini dilakukan kerana madu di kawasan tropika mempunyai kelembapan yang tinggi dan air berlebihan akan mempercepatkan madu menjadi masam.
“Semasa sejatan antara tiga hingga lima peratus air akan dikeluarkan sehingga mencapai piawaian yang ditetapkan,” katanya.
Ini kerana madu di negara ini mempunyai 71 hingga 75 peratus madu dan 22 dan 25 peratus air.
Setelah itu, madu akan ditapis buat kali ke dua sebelum ditimbangkan dan dibotolkan, dilabel dan dibungkus dengan jenama AgroMas.
Azmi berkata, pemprosesan madu tidak mengubah sifat madu tetapi meningkatkan lagi kualiti agar selamat, bersih dan suci.
“Kini permintaan madu tualang semakin bertambah sehingga pihak kami tidak dapat memenuhinya.
“Bagaimanapun, masalahnya tidak ramai yang tahu menguji ketulenan madu,” katanya kesal dengan pihak yang menangguk di air keruh.
Khasiat madu lebah tualang Ke_02.2
madu yang diambil dari hutan akan ditapis bagi mengasingkan kekotoran seperti anak-anak lebah dan sarang.

Justeru, Azmi memberikan beberapa petua bagaimana untuk menentukan ketulenan madu seperti permukaan madu mempunyai buih-buih halus, madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
Azmi berkata, madu lebah tualang mentah keluaran Agromas sesuai dijadikan makanan kesihatan atau ditambah dalam masakan.
░░░░░ madu lebah tualang yang dijalankan oleh FAMA dijangka dapat menjana pendapat pengumpul lebah yang melakukannya secara sambilan.
“Jika dulu harga madu adalah rendah tetapi kini selepas kerjasama FAMA, harganya semakin bertambah baik,” katanya.
Azmi berkata, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap madu lebah tualang, pihak FAMA juga mempergiatkan agro pelancongan dengan Ekspedisi Madu Lebah Tualang di sekitar Tasik Pedu dan Empangan Sungai Muda, Kedah.
Bagi mereka yang berminat mengikuti Ekspedisi Madu Lebah Tualang boleh menghubungi Pejabat FAMA Alor Setar, Kedah di talian 04-7319344 (Azizan Man) atau Pejabat FAMA Padang Terap di talian 04-7869878 (Norshidah Abdul Rashid).
Pengguna yang mendapatkan produk madu lebah tualang jenama AgroMas di Agrobazaar Ulu Bernam, Selangor dan Ayer Keroh, Melaka, Agrobazaar di Mydin USJ, Selangor dan pejabat FAMA negeri masing-masing.
Sasaran pemasaran FAMA meliputi tiga konsep
* Produk kesihatan
* Cenderahati bagi korporat, kerajaan dan individu dalam bungkusan yang menarik
* Sebagai penawar pelbagai jenis penyakit
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum