Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Permainan video versi tempatan

Go down

Permainan video versi tempatan Empty Permainan video versi tempatan

Post by qaleq Thu 19 Jun 2008, 7:43 pm


MALAYSIA Debt Ventures Berhad (MDV), memperlihatkan komitmennya untuk membangunkan tunas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara dengan menjalinkan kerjasama bersama Codemasters Studios, pengeluar permainan komputer dan video bertaraf antarabangsa.
Menerusi kerjasama tersebut, negara buat pertama kalinya telah melibatkan diri bagi menghasilkan permainan komputer Racedriver GRID versi tempatan.
Racedriver GRID merupakan sebuah permainan yang direka khusus bagi individu yang meminati dunia perlumbaan kereta.
Ia boleh didapati dalam bentuk permainan komputer peribadi (PC) konsol Sony PlayStation 3 (PS3) dan juga konsol Nintendo Xbox 360.
Permainan tersebut merupakan permainan konsol generasi baru dan bertaraf tiga A.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Md. Zubir Ansori Yahaya, pihaknya amat berbangga kerana dapat berkerjasama dengan Codemasters Studios dan turut berperanan mencipta sejarah industri permainan komputer di Malaysia.
‘‘Sebagai syarikat pembiaya dan fasilitator pembangunan ICT dan sektor berdaya maju, MDV berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat pemaju permainan komputer bertaraf antarabangsa seperti Codemasters.
‘‘Kepercayaan ini merupakan satu penghormatan dan kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini,’’ katanya.
Kerjasama ini membuktikan Malaysia berkemampuan dalam menyediakan infrastruktur serta tenaga tempatan untuk mencipta permainan komputer terkini bertaraf antarabangsa.
Secara tidak langsung, ia telah membuka lembaran baru kepada pereka tempatan untuk tampil kehadapan dalam menjadi perintis industri permainan komputer di negara ini.
Ini adalah kerana, MDV telah mengenalpasti perisian kreatif sebagai salah satu sektor berdaya maju dan berharap akan dapat membiayai lebih ramai usahawan berbakat dengan matlamat untuk meletakkan nama negara di mata dunia sebagai pengeluar perisian kreatif bermutu tinggi.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Codemasters Studios Sdn. Bhd., Maxime Villandre berkata, penubuhan Codemasters Studios di Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan agresif syarikatnya.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada MDV kerana memberikan sokongan untuk berkembang di rantau ini.
‘‘Kami juga sedang meninjau peluang pembangunan baru lain yang kami harap akan mendapat sokongan dan usahasama dari Malaysia dan MDV untuk bersama-sama menjayakan usaha Codemasters di masa hadapan,’’ ujarnya.
Sehingga kini, MDV syarikat di bawah Kementerian Kewangan itu telah diamanahkan untuk mengurus RM1.6 bilion pinjaman dari Kerajaan Jepun melalui Japan Bank for International Cooperation yang telah memberikan pembiayaan berjumlah RM283 juta kepada 17 buah syarikat dalam industri perisian tempatan.
Di samping memberi bantuan kewangan, MDV juga membekalkan perkhidmatan sokongan pembangunan perniagaan meliputi perkhidmatan pengurusan projek, konsep pemasaran dan penerapan amalan terbaik industri.
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum