Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Telefon pintar pandu arah

2 posters

Go down

Telefon pintar pandu arah Empty Telefon pintar pandu arah

Post by qaleq Tue 24 Jun 2008, 9:29 am

Mobile and Wireless Group (MWg) baru-baru ini memperkenalkan Zinc II, terbaru dalam koleksi telefon pintar yang ada gaya dan canggih, selepas melancarkan Atom V tidak lama dulu.
Tampak anggun bak sebutir peluru yang pantas pergerakannya, Zinc II baru ini mampu memenuhi pelbagai keperluan kepantasan sebagaimana yang diimpikan oleh kebanyakan pengguna telefon pintar.
Peranti yang bergerak di atas platform sistem operasi terbaru Windows Professional 6.1, dengan kuasa cip pemproses 500MHz untuk menjadikannya sebagai telefon pintar yang canggih.
Dengan keupayaan itu, pengguna boleh menggunakan pelbagai aplikasi dalam Zinc II tanpa memperlahankan pergerakannya.
Telefon pintar ini turut memastikan masa tidak dibazirkan begitu saja atau sesat mencari arah ke destinasi yang tidak diketahui kerana ia didatangkan dengan aplikasi Sistem Kedudukan Global (GPS) untuk menyediakan capaian ke perkhidmatan popular berasaskan satelit dan maklumat dalam masa nyata.
Proses pindah turun dapat dilakukan pada kelajuan tinggi menggunakan rangkaian telekomunikasi Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA), malah diperkuat pula oleh Bluetooth terbina dalam dan rangkaian LAN tanpa wayar untuk penyambungan segera Zinc II pada bila-bila masa.
Zinc II bercirikan reka bentuk papan kekunci QWERTY gelungsur keluar untuk membolehkan penulisan e-mel atau membuat persembahan tanpa sebarang masalah.
Tambahan pula, paparan di atas skrinnya begitu tajam, jelas dan berwarna warni, dengan skrin peka sentuhan LCD TFT QVGA 2.8 inci.
Zinc II didatangkan dengan warna hitam dengan profil langsingnya untuk sebuah telefon pintar dengan papan kekunci QWERT gelungsur keluar.
Dijual pada harga RM2,588 (termasuk jaminan tempatan selama 12 bulan), dan boleh diperoleh di semua penjual semula MWg yang sah.
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Telefon pintar pandu arah Empty Re: Telefon pintar pandu arah

Post by alongxp Sun 29 Jun 2008, 11:41 pm

aaaa...aku pkai nokia n82,sparuh dpd arge hp tu...tp ada live gps gak,ada built in lan gak...n ntah ape lg yg aku tak retio pkai lg ntah hahahaha
alongxp
alongxp
Guru Disiplin
Guru Disiplin

Number of posts : 61
Age : 39
Location : mane mane je
Intake : july 2005
Registration date : 2008-03-05

http://alongxp.blogspot.com

Back to top Go down

Telefon pintar pandu arah Empty Re: Telefon pintar pandu arah

Post by qaleq Fri 11 Jul 2008, 12:34 pm

aku hnye sampaikn fakta yg bnar dan sahih
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Telefon pintar pandu arah Empty Re: Telefon pintar pandu arah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum