Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Chelsea pikat Kaka RM517j

Go down

Chelsea pikat Kaka RM517j Empty Chelsea pikat Kaka RM517j

Post by qaleq Sun 20 Jul 2008, 10:55 am

Bintang AC Milan dari Brazil, Kaka dijangka berpindah ke pasukan Liga Perdana England, Chelsea dengan satu rekod perpindahan dunia, 80 juta pound (RM517 juta), kata penasihatnya semalam.
Kelab Itali itu menandatangani rakan sepasukan antarabangsa Ronaldinho itu Rabu lalu biarpun dilaporkan mengalami masalah kewangan dan pembantu peribadi Kaka, Diogo Kotscho mendakwa semua pihak terlibat kini mahukan perjanjian itu diteruskan.
"Real Madrid menawarkan 90 juta euro musim panas lalu dan Milan tidak pernah terfikir tentang penawaran itu," kata Kotscho kepada The Guardian.
"Kali ini berbeza. Inilah kali pertama kami berasa satu perjanjian bakal benar-benar berlaku. Kerana situasi Milan ketika ini, perjanjian itu baik bagi semua pihak terlibat.
"Perpindahan ini akan mewakili satu peningkatan besar dalam gaji Kaka, selain yuran perpindahan 10 peratus yang akan diperoleh pemain itu juga - kira-kira 15 juta euro.
"Chelsea merupakan kelab yang dituju ketika ini. Mereka membina sebuah pasukan untuk memenangi segalanya," katanya.
Sebarang perjanjian tampak pasti memecahkan rekod dunia yuran perpindahan 80 juta euro (RM411.12 juta) apabila Real Madrid menandatangani Zinedine Zidane dari Juventus pada 2001.
Jika berpindah, Pemain Terbaik Dunia FIFA itu akan bergabung semula dengan pengurus Luiz Felipe Scolari yang memberikannya penampilan sulung dengan Brazil pada 2002 dan memasukkannya ke skuad yang kemudian memenangi Piala Dunia tahun itu.
Kaka, 26, masih mempunyai kontrak dengan Milan sehingga 2012.
Namun dia terganggu dengan keengganan kelab itu melepaskannya bermain untuk Brazil pada Olimpik selepas bersetuju melepaskan Ronaldinho ke Beijing.
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum