Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

+2
zackmuska
TheSubtleArts
6 posters

Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by TheSubtleArts Fri 20 Jun 2008, 4:06 pm

Soalan yang diaju oleh Mr Ijan(identiti sebenar tidak diketahui-sekadar nick name)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sekiranya seseorang pelajar dari
jurusan Politeknik tidak mendapat pemindahan kredit atas sebab-sebab ia
telah ditetapkan oleh fakulti sesuatu IPT. Apakah puncanya? Meskipun
difahami ia adalah hak IPT itu sendiri, tetapi sekiranya pernah
mengambil modul yang seakan-akan sama/setara/lebih tinggi sebanyak 2
atau 3 kali, mengapa ia tidak dibenarkan? Ini menyebabkan ketidakadilan
berlaku kerana pastinya struktur kokurikulum bagi pelajar jurusan
Diploma sesuatu IPT tidak sama dengan dengan jurusan pelajar
Politeknik.
Contohnya, struktur kokurikulum pelajar diploma
sesuatu IPT tidak pernah mengambil kursus media, tetapi pelajar
politeknik pernah mengambilnya semasa diploma, malah sebanyak 2 kali.
Maka, kenapa kami tidak dapat hak kami untuk memindahkannya? Sekiranya
benar, lebih baik diseragamkan semua modul/subjek IPT/Politeknik di
seluruh negara, maka mudahlah segala urusan yang ingin dilakukan. Apa
gunanya kami mengambil lebih daripada 40 subjek sedangkan pelajar
diploma IPT hanya 28 subjek saja untuk 3 tahun tetapi mereka yang
mendapat pengecualian kredit yang maksimum? Dan mengapa pula
dipanjangkan tempoh diploma integrasi kepada setahun setengah sedangkan
ia tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran? Diharap pihak
tuan/puan/cik dapat memberikan penjelasan yang lanjut mengenai perkara
ini agar dapat saya panjangkan perkara/masalah ini kepada pihak-pihak
yang berminat untuk mengetahui mengenai permasalahan yang sedang
berlaku pada bekas pelajar politeknik pada masa kini.
Sekian, terima kasih
Berikut adalah jawapan yang baru dihantar pada bulan ini April, 2008:
Kami mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan tuan di dalam
perkara yang diajukan dan telah sedia maklum di atas maksudnya. Adalah
dimaklumkan bahawa pemindahan kredit bagi mana-mana kursus adalah di
bawah bidang kuasa fakulti IPTA atau IPTS berkenaan. Walau
bagaimanapun, bagi membolehkan kajian lebih lanjut dilakukan, Bahagian
Pembangunan dan Penilaian Kurikulum (BPPK) memerlukan maklumat lebih
terperinci mengenai program yang tuan maksudkan untuk mendapatkan
pemindahan kredit.
Maklumat tersebut termasuklah nama program
(diploma atau ijazah), nama kursus (subjek) yang dipertikaikan, nama
fakulti dan IPT yang tuan pohon untuk pemindahan kredit. Selain dari
itu, tuan juga perlu memaklumkan kepada BPPK mengenai butir peribadi
dan kelayakan akademik tuan seperti salinan kad pengenalan, slip
peperiksaan, bidang kursus atau program pengajian Politeknik yang telah
tuan ikuti kepada BPPK. Maklumat ini akan membolehkan pihak BPPK
membuat pemetaan (mapping) untuk mengenalpasti peratus jurang atau
peratus kesamaan program atau kursus berkaitan dan seterusnya
mengajukan perkara ini kepada pihak berkenaan bagi mempertimbangkan
semula pindahan kredit. Adalah dimaklumkan juga terdapat beberapa
kursus wajib di IPTA yang tidak diberikan pemindahan kredit. Tujuan utama penubuhan Politeknik adalah untuk keperluan industri. Sehubungan itu, kurikulumnya dibangunkan bagi memenuhi tujuan tersebut. Sekian dan terima kasih.


Nota Khas : Adakah sempat untuk pelajar melakukan permohonan dalam tempoh 2 minggu (Wajib di IPTA) dengan karenah birokrasi yang kita sedia maklum di kalangan penjawat awam ini? Beribu-ribu permohonan yang bakal diterima. Kaedah mapping secara manual? Tempoh 2 minggu untuk sesi Mapping dan kemudiannya permohonan pihak bertanggungjawab ke IPTA? Anda tentukan..
TheSubtleArts
TheSubtleArts
Pengetua
Pengetua

Number of posts : 1513
Age : 38
Location : JB
Intake : Jan 05
Registration date : 2008-03-04

https://thepmsalumni.forumotion.com

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by TheSubtleArts Fri 20 Jun 2008, 4:06 pm

Sambungan :

Lagipun ada satu pernyataan yang aku sangat-sangat tidak berpuas hati di mana pelajar Politeknik adalah untuk keperluan industri dan disebabkan itulah begitu ramai sekali para pelajar Politeknik yang dinafikan haknya untuk ke IPTA sepertimana yang telah diberitahu dekat aku pada Januari 2007 ("Pelajar Politeknik perlulah bekerja 3-5 tahun dahulu dan barulah diterima masuk ke IPTA").

Kenapa tidak diberitahu kepada bakal pelajar dan juga ibu bapa semasa proses mengisi borang kemasukan ke Politeknik, proses orientasi ataupun pada proses kuliah sebelum ini di mana para pelajar
akan diberikan ilmu industri yang cukup luas tetapi peluang untuk ke IPTA dan pemindahan kredit tidak dijamin serta ditangguhkan ke suatu masa? Pastinya sekira pelajar-pelajar Politeknik dan juga bakal pelajar yang mengetahui perkara ini pastinya akan menolak tawaran ke Politeknik sekiranya mereka tahu kesudahan nasib mereka selepas ini. Lagipun, meskipun kursus dari Politeknik khas untuk keperluan industri, masih ada lagi pihak industri yang tidak mengiktiraf para pelajar dari Politeknik dan menyebabkan pengangguran di kalangan pelajar ini. Untuk masalah ni, aku akan cuba reply balik.

Berkenaan dengan pemindahan subjek juga, sekiranya ia dibuat khas dan diiktiraf di peringkat industri, mengapa tidak pula ia diiktiraf di peringkat IPT? Apakah subjek-subjek di IPTA tidak diiktiraf dan tidak layak digunakan ke peringkat industri selama ini? Adakah pihak-pihak yang digelar Profesor dan Doktor ini ingin menyatakan bahawa subjek-subjek yang diajar selama ini adalah tidak berkaitan langsung dengan alam pekerjaan? Tidak mustahil pun apabila kita sedia maklum bahawa graduan IPTA merupakan golongan yang paling tinggi menganggur pada masa kini.. Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) 16


Selain itu, adakah anda juga tahu bahawa ada subjek-subjek di Politeknik adalah lebih tinggi dan sama tara dengan kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat ijazah? Meskipun begitu, pemindahan kredit
adalah tidak dibenarkan kerana (antara alasan-alasan yang pernah diberikan dan dikumpulkan oleh bekas-bekas pelajar Politeknik di IPTA) :

1) Di peringkat diploma di IPTA tersebut , subjek-subjek itu tidak pernah ditawarkan. Jadi, semua pemindahan kredit perlu mengikut senarai yang ada sahaja.
2) Saya (Doktor/Profesor) tidak akan mengubah senarai tersebut. Saya lebih tahu segalanya dan faham dari anda. Suka atau tidak, ikut saja . (Anda suka pernyataan ini? Maklumlah siapa la kita di mata diorang Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) 4)
3) Apa salahnya anda belajar lagi? Kan lebih elok? Tambah ilmu .. (2-3 kali pernah belajar, mengapa perlu lagi sekali?)
4) Kami jarang mengambil pelajar Politeknik. Maka, sukar untuk kami melakukan pemindahan kredit sebab sesi pembelajaran di Politeknik adalah berlainan dan saya tidak pernah dengar pun subjek ni.
5)Saya (Doktor/Profesor) akui subjek ini adalah menepati silibus dan adalah lebih tinggi daripada yang diajar. Tetapi, saya tidak akan berikan pemindahan kredit. Nanti, bila awak dapat, lebih ramai pelajar lain tidak akan berpuas hati dan akan minta kepada saya.
6)
Mengikut pemahaman saya (PA pelajar dan pensyarah) , subjek di Politeknik sepatutnya layak untuk dibuat pemindahan kredit. Tapi, saya tidak berani nak tolong awak. Awak kena minta dengan Dekan/Timbalan Dekan/Dekan yang merupakan ketua saya. Kalau dapat, dapat lah. Kalau tak, nasib awak la.


Walaupun ada kalanya dengan melalui rayuan dan pujuk rayu, ia diterima dan pelajar diberikan pemindahan kredit, tetapi adakah anda sebagai pelajar Politeknik perlu menebalkan muka, dan merayu-rayu setiap kali sesi pemindahan kredit bagi pelajar baru? Bagi pelajar-pelajar Politeknik yang tidak tahu proses ini pula bagaimana? Terima sahaja? Mengapa begitu sukar bagi ketua-ketua setiap fakulti ini menerima permohonan daripada pelajar Politeknik? Apakah tahap Politeknik di mata mereka? Sekiranya memang benar pelajar Politeknik tersebut telahpun mengambil 2-3 subjek berkaitan dan menepati silibus, mengapa pula tidak diterima dan tidak dipertimbangkan langsung? Anda tentukan ..

So, setakat ni saja yang aku boleh usahakan buat masa ini memandangkan aku agak busy akhir2 nih. Banyak lagi pertanyaan yang aku hantar tapi masih tak terjawab oleh pihak berkenaan . Mungkin tunggu sampai tahun depan kot . Nama pun pihak kerajaan, faham-fahamlah.

Anyway, good luck kepada ex-pelajar Politeknik yang akan diterima masuk ke IPTA sesi pertama 2008/2009 dan jangan takut kepada pihak-pihak yang merendah-rendahkan kemampuan alumni daripada Politeknik atas sebab-sebab iri hati/dengki kepada kemampuan alumni Politeknik Semalaysia. Sekiranya tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan, kemukakan aduan dan perjuangkan hak anda.

"Perjuangkan hak Anda"

(Petikan disalin semula-hak cipta Mr Ijan)
Credit: Mypolycampus.net


Last edited by TheSubtleArts on Fri 20 Jun 2008, 4:43 pm; edited 1 time in total
TheSubtleArts
TheSubtleArts
Pengetua
Pengetua

Number of posts : 1513
Age : 38
Location : JB
Intake : Jan 05
Registration date : 2008-03-04

https://thepmsalumni.forumotion.com

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by zackmuska Fri 20 Jun 2008, 4:28 pm

rumit gak ei...myb ni bg sesetengah course myb..mgkn btul yg die ckp poli ni utk industri..tp cm fizal ckp la inform r awal2 sbb ramai yg xtaw..elok amik form6 kan...blajar setahun lebey dh leh wat degree...
zackmuska
zackmuska
V.I.PeaMerS
V.I.PeaMerS

Number of posts : 507
Age : 37
Location : Somewhere
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-05

http://www.polimuadzam.edu.my

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by bob_xtremist Thu 26 Jun 2008, 3:14 pm

btul la ckp zack...
aku sokong...
bt penat badan jer...
ape pun x der...
bob_xtremist
bob_xtremist
Guru Kanan
Guru Kanan

Number of posts : 107
Age : 38
Location : Kuala Lumpur,Pahang,Johor
Registration date : 2008-03-04

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by qaleq Fri 27 Jun 2008, 7:47 pm

peluang korang sijil skrg nie da payah cikit..
dunia smakin maju..
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by LuncaiGreat Wed 16 Jul 2008, 11:32 am

aku pn dah penat nk sambung blajo..mintak2 x dapat...so,wat ur opinion??
LuncaiGreat
LuncaiGreat
Guru Kanan
Guru Kanan

Number of posts : 1018
Age : 37
Location : johor bahru
Intake : jan 2005
Registration date : 2008-03-07

http://www.sit04.tk

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by qaleq Wed 16 Jul 2008, 2:54 pm

suke ati ko la ayep..
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by LuncaiGreat Tue 22 Jul 2008, 12:07 pm

aku mintak pendapat la wei..ko ni..aku pn pening kalau pikirkan balik..
LuncaiGreat
LuncaiGreat
Guru Kanan
Guru Kanan

Number of posts : 1018
Age : 37
Location : johor bahru
Intake : jan 2005
Registration date : 2008-03-07

http://www.sit04.tk

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by qaleq Wed 23 Jul 2008, 10:02 am

aku leh suke keje.. sbb aku dah xlarat jd pelajar lg..
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by ibnu_laden Mon 29 Sep 2008, 9:26 am

aku plak jadi pelajar and aku juga jadi pekerja

ibnu_laden
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 682
Age : 38
Location : sd
Intake : sd
Registration date : 2008-03-12

Back to top Go down

Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus) Empty Re: Isu Pemindahan Kredit Di IPTA (dipetik dari Mypolycampus)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum