Komuniti Alumni dan Pelajar Politeknik Muadzam Shah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peruntukan projek Kementerian Pengajian Tinggi dikurangkan RM800 juta

Go down

Peruntukan projek Kementerian Pengajian Tinggi dikurangkan RM800 juta Empty Peruntukan projek Kementerian Pengajian Tinggi dikurangkan RM800 juta

Post by qaleq Sun 08 Jun 2008, 5:34 pm

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan bagi membiayai projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi kementerian itu dikurangkan sebanyak RM800 juta.

Bagaimanapun katanya, pemotongan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu tidak akan menjejaskan perancangan jangka panjang agensi di bawah kementerian itu kerana jumlah pengurangan masih kecil berbanding RM18.2 bilion yang diperuntukkan di bawah RMK-9.

"Kita di ambang kajian separuh penggal RMK-9 ke atas setiap perancangan jangka panjang kerajaan. (Kajian) pada kali ini tidak meningkatkan peruntukan tetapi mengurangkannya kerana kerajaan memerlukan dana yang besar bagi tujuan memberi (pelbagai) subsidi termasuk makanan


"(Bagaimanapun)Untuk Univesiti Malaysia Sabah (UMS),(peruntukan) satu sen pun kementerian tidak potong,” katanya mendapat tepukan gemuruh ketika berucap sempena majlis pecah tanah Sekolah Perubatan UMS di sini hari ini.

Sekolah perubatan bernilai RM259 juta itu dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun dan akan membolehkan pengambilan pelajar perubatan ke UMS ditingkatkan daripada 71 pelajar setahun kepada 150 pelajar setahun.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Khaled berkata dalam kajian separuh penggal yang dijalankan EPU, didapati ada sesetengah projek di bawah kementerian itu yang tidak dapat diteruskan, antara lain disebabkan projek itu tidak berdaya maju, kos meningkat dan malah tidak diperlukan.


Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kementerian itu akan memberi perhatian terhadap pembinaan lebih banyak Hospital Perubatan.

Setakat ini, daripada sembilan universiti tempatan yang menawarkan kursus perubatan cuma Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai hospital perubatan sendiri.

"Kita ada dua masalah dalam usaha kita mengeluarkan lebih ramai pelajar perubatan (doktor). Satu, ketiadaan hospital perubatan dan keduanya tidak cukup tenaga pengajar. Ketetapan kementerian pada masa ini ialah setiap satu pensyarah untuk empat pelajar.

"Itu untuk menjaga kualiti. Jadi kalau kita tak banyak pensyarah, kita tak boleh ambil ramai pelajar. Sebab itu, jumlah pelajar perubatan di seluruh negara sekarang cuma 8,500 orang,” katanya.


Khaled berkata, menjelang tahun 2013, negara mensasarkan mencapai nisbah satu doktor untuk 650 orang penduduk berbanding sekarang, seorang doktor bagi 1,350 orang penduduk
qaleq
qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 37
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum